THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BEAUTY & THE BEAST

Segala puji ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Menguasai seluruh alam. Selawat dan Salam serta rindu buat penghulu sekalian manusia Nabi Muhammad SAW.
Ketika manusia dijadikan oleh Allah swt, Dia telah pun mengetahui bahawa manusia tidak semuanya akan patuh dan tunduk, taat dan angguk.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (2:30)

Namun dek kerana sifat Rahman dan Rahim-Nya yang menjangkaui batasan, Allah swt tetap mengurniakan manusia dengan pelbagai nikmat dan kemudahan malahan memuliakannya.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (al-Isra':70)
Hargai nikmat sebuah kehidupan^^

Lalu, dengan pelbagai kemudahan dan keselesaan yang diperolehi, manusia mengatur hidup di atas muka bumi. Malangnya, tidak semuanya yang tahu mensyukuri nikmat pemberian ini. Kesempatan untuk hidup digunakan untuk membuat kerosakan dan kehancuran sewenang-wenangnya seolah-olah tiada lagi hari kebangkitan.

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

Kasihnya Allah pada umat Muhammad, ditangguhkan azab sehingga hari akhirat. Penyayangnya Tuhan dihantarkan seorang Nabi buat memberi peringatan.

Itulah hakikat kehidupan. Allah swt yang penuh dengan segala kesempurnaan tetap menurunkan limpah dan rahmat-Nya walau sebesar mana dosa dan maksiat hamba sehingga sampai waktu yang ditetapkan.

Ya Allah ya Jamil,

terimalah kami yang buruk ini
terimalah kami yang hodoh ini
terimalah kami yang penuh bersalut dosa ini
terimalah kami yang hina ini 

Kau adalah PEMILIK kami

Pesan pada diri:

[Muslim/ 2565] Telah bercerita kepada kami `Amr An-Naqid: Telah bercerita kepada kami Kasir bin Hisyam: Telah bercerita kepada kami Ja`far bin Burqan, daripada Yazid bin Al-Asamm, daripada Abi Hurayrah, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa-rupa antum dan harta-harta antum, tetapi Dia melihat kepada hati-hati antum dan amalan-amalan antum».

This entry was posted on 12:13 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: