THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

sebelum menutup tirai

dalam masa beberapa hari lagi, dengan izin Allah kita akan meninggalkan tahun 2012.
banyak yang ingin diperkata, tetapi ternyata sukar untuk diluah.

artikel di bawah dilampirkan buat diri yang masih dan sedang mencari erti sebuah kebahagiaan:

Hidup manusia sementara. Justeru, tiada manusia yang ingin mengisi kehidupannya dengan derita. Namun, acapkali derita menyirna dalam kehidupan hamba. Bagi mereka yang kuat jiwa, maka akan terus-menerus memutar roda masa. Bagi yang sebaliknya, akan mencari alternative berbeza bagi memenuhi kekosongan jiwa yang  mana tidak bisa diisi dengan apapun jua kecuali balik mendekatkan diri pada-Nya.
Seringkali kita berbicara, jika tidak meniti dibibir pun tetapi jauh dari lubuk hati terdetik, bagaimana sebenarnya memperoleh bahagia?
Dalam Al-Quran telah banyak meletakkan kepada manusia garis panduan ideal yang boleh manusia ikuti untuk berada pada saf kebahagiaan. Adapun kebahagian yang sebenar adalah apabila kita peroleh bantuan daripada Allah meski derita yang kita tempuh dengan menguatkan hati-hati kita atau nikmat dunia yang kita terima tetapi tetap jiwa dalam beribadah kepada-Nya.
Allah s.w.t berfirman:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah:5)

Lazim diulangi tetapi jarang dihayati
YA! Ayat ini seringkali dibaca oleh kita sebagai seorang muslim yang ingin memanifestasikan rasa cinta hamba kepada Tuannya melalui solat. Bahkan jika kita hendak menghitung kekerapan bacaan ayat ini bermula daripada kita ditaklifkan dengan syariat (baligh) hingga sekarang ini mungkin perlu mengambil masa kerana sekurang-kurangnya 17kali ia akan diulang pada setiap hari.
Namun, apakah istimewanya ayat ini berbanding yang lain?
Apakah kaitannya dengan kebahagiaan?
Jika kita melihat dari pandangan biasa kita akan lihat ia tidak kurang sama dengan ayat yang lain. Namun ia tersembunyi bermacam jenis rahsia yang sukar dilihat pada mata kasar. Dari sudut akidahnya yang membabitkan ke-Esa-an Allah hingga rahmat-Nya kepada manusia sejagat.

Allah dekat dengan kita kenapa kita pula ingin berpaling?
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1). Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam(2). Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani(3). Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)(4).
 Bukan di sini saya ingin menghurai tafsiran ayat-ayat ini yang sudah tentu mempunyai pelbagai lagi rahsia. Tetapi saya hanya mengajak kita teliti 4 ayat yang awal ini sebelum ayat 5 dalam surah yang sama, Allah menyebutkan puji-pujian kepada diri-Nya sendiri yang menggambarkan kebesaran dan kehebatan Allah.
Adapun jika kita teliti, penggunaan bahasa yang digunakan adalah dalam bentuk fakta yang tidak boleh diingkari kesahihannya. Berbalik, kepada ayat yang ke 5, Allah menggunakan bahasa dalam bentuk seolah-olah kita berdialog dengan-Nya untuk mengkhabarkan kepada kita bahawa dia sentiasa berada bersama kita.
Dengan penggunaan kata ganti diri pada ‘Engkaulah’ satu-satunya tuhan yang disembah seolah-olah pada ketika ini kita berbicara secara langsung dengan-Nya. Maka apa yang kita cari selain memohon bantuan kepada-Nya terlebih dahulu dalam apa jua urusan kita sama ada perkara yang baik ataupun buruk yang datang dalam hidup kita?
Selalu kita mengadu kepada selain-Nya dalam banyak hal dalam kehidupan kita. Tapi tidakkah kita melihat ayat ini menggambarkan Allah itu dekat dengan kita? Bahkan Dia, tidak pernah akan mengecewakan permintaan kita berbanding jika kita minta kepada selain-Nya. Namun, terkadang mungkin Dia tidak kabulkan permintaan kita,tetapi apabila dilihat semula telah banyak nikmat yang kita terima atau mungkin jalan lain yang Dia buka untuk selesaikan permasalah kita.
Allah menguatkan lagi dekatnya hubungan-Nya dengan hamba dalam ayat:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah:186)
 Selama-lamanya tiada yang kedua
Jika difokus lebih mendalam, tersingkap kepada kita keagungan lafaz yang digunakan oleh Allah dalam Al-Quran:
i)                  نَعْبُدُ
ii)               نَسْتَعِينُ

Kedua-dua lafaz ini digunakan dalam bentuk perbuatan yang sedang berlaku dan juga yang akan datang(berterusan) atau disebut dalam bahasa arab sebagai فعل المضارع. Kalimah ini sebenarnya ingin menggambarkan kepada manusia supaya berterusanlah mengabdikan diri kepada-Nya dan mengutamakan permohonan pertolongan dari-Nya dalam apa jua pemasalahan kita baik pada perkara yang sedang berlaku ataupun perancangan pada masa hadapan.

Pengabdian dan Penciptaan
Dalam kehidupan dua perkara ini tidak dapat tidak akan terkesan secara langsung dalam pergerakan manusia di atas dunia kerana keduanya berkaitan antara satu sama lain juga sebenarnya perkara yang menghubungkan kita sebagai hamba dengan Allah yang Esa.

  1. Pengabdian (syari’e)
Ia bermaksud hubungan seorang hamba dengan Tuannya secara directly atau disebut sebagai ibadah yang merangkumi ibadah am dan khusus. Segala perkara yang berkaitan dengan syariat yang ditetapkan dalam Islam adalah termasuk dalam perkara ini seperti solat, puasa, zakat, haji dan perkara kebaikan yang lain yang mendekatkan diri pada-Nya.
Dalam perkara ini sebenarnya, kita perlu meletakkan kerisauan kita kerana mungkin ada perkara yang terkurang dalam ibadah kita sama ada secara sedar atau tidak. Tambahan lagi, perkara ini menuntut kita sebagai hamba berusaha mencari cara memperbaiki ibadah kita dari hari ke hari.
2.   Penciptaan/Pemberian (Kauni)
Ia bermaksud hubungan manusia dengan Allah dalam memperakui bahawa Dialah yang berhak ke atas segala yang terjadi di bumi dan di langit, dalam lautan mahupun di atas daratan, di pergunungan mahupun di pedalaman, di desa ataupun kota. Segala-gala kepunyaan-Nya sebagai pencipta.
Tambahan, dalam perkara ini juga kita memperakui bahawa segala nikmat yang kita cita, segala derita yang kita tempa adalah datang dari-Nya. Adapun dalam hal ini, sepatutnya kita tidak meletakkan kerisauan yang lebih berbanding pengabdian kerana semuanya telah ditulis berdasarkan pilihan manusia.

Kaitan keduanya dalam ayat yang ke-5?
Seperti yang sebutkan sebelum ini keduanya saling berkaitan dan juga ada hubungan dengan liku-liku perjalanan hidup insan. Pengabdian merupakan faktor dominan kepada penciptaan atau pemberian. Hipotesisnya, boleh kita putuskan dengan ketingkatan pengabdian yang bererti kekuatan hubungan dengan Allah maka semakin dekat kita kepada bantuan-Nya.
Allah menyebutkan:
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah
Ayat ini hadir terlebih dahulu sebelum ayat seterusnya:
 dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”
Dalam ilmu mukjizat-mukjizat Al-Quran, jika sesuatu perkara itu didahulukan menunjukkan kepentingannya. Begitu juga dengan ayat ini, apabila Allah meminta kita untuk menyembahnya terlebih dahulu yang menjadi penyebab bahawa Dia akan beri pertolongan.
Mungkin ada yang akan tertanya-tanya mengapa orang bukan Islam yang tidak menyembah Allah kelihatan mereka lebih mendapat pertolongan daripada Allah dalam banyak urusan mereka?
Di sinilah bahagia perlu didefinasikan dengan jelas iaitu dengan merasa ketenangan jiwa meski kesusahan yang kita hadapi. Adapun bagi mereka yang tidak beriman Allah beri nikmat atas sifat Ar-Rahman, namun bukan mendekatkan mereka kepada-Nya bahkan ingin menjauhkan diri mereka daripada Allah dengan leka dengan nikmat yang mereka terima. Juga disebutkan sebagai istidraj.

Konklusinya
Berdasarkan ayat yang agung ini, dapatlah kita mengambil iktibar bahawasanya dengan pengabdian diri kepada-Nya menjadi sebab utama kita mendapat bahagia yang sebenarnya yakni pertolongan dari pada Allah ketika senang dan juga susah.
Justeru, perbaikilah hubungan kita dengan Allah, moga-moga segala urusan kita dipermudah.

--dipetik dari langit_ilahi

Pesan pada diri:
I have HIM

:: PEREMPUAN NAN BERCINTA ::

teringin nak menghadam buku ni
teringin jugak nak discuss pasal buku-buku beliau
sejujurnya, sepanjang mengikuti dan mengagumi tulisan beliau, tak pernah sekali ku terpengaruh dengan aliran songsangnya
karya beliau di medan sejarah misalnya, "MASTERPIECE"
tiada insan lain di alam melayu yang boleh menulis gaya itu
ku harap beliau kembali menulis karya sejarah yang benar
yang boleh menyedarkan kita betapa kita dan sejarah sebenarnya dekat

_aku perempuan_

di antara blog-blog yang boleh dibaca berkenaan buku ini:

Pesan pada DIRI:

akal senipis rambut, tebalkan ia dengan ILMU
hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan IMAN
dan perasaan selembut sutera, hiasi ia dengan AKHLAK