THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

KEPASTIAN TUHAN

Dua kubur bergandingan
ketika hayat masih ada
mereka suami isteri bahagia 
rumput-rumput tumbuh meliar
tiada mejar menggagah tenang
menunggu anak pejuang pulang ziarah

Anak pejuang di rantau
tiada dosa pada ayah, pada ibu, pada keluarga
pada bangsa, pada negara
setitis tinta dari insan berkata
kau berpenyakit kusta
bumi ini haram bagimu

selama-lamanya bagi insan
bukan selama-lamanya bagi Tuhan
kenapa takbur?
siapa takbur pasti lebur
DIA maha mengetahui
perikemanusiaan perintah Tuhan untuk insan

Esok pasti datang
tepat pada waktunya insan dapat tentukan
ini kepastian Tuhan
tapi corak esok bagaimana?
insan hanya bisa menduga
Tuhan yang memastikannya

pasti ke sini

kubur bergandingan lebih kuat panggilannya
tiada tersurat akhirnya cair
darah yang sama terus mengalir

-Sajak oleh Ruhi Hayat, Kuala Lumpur, Disember 1971-

Pesan pada diri:
SE Hidup SE Mati

Biarlah gambar berbicara

23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra')

Pesan pada diri:

anak dan bakal ibu