THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

in the making of~

ASSALAMUALAIKUM buat diri je sebab takde org baca..hu

Dlm seminggu lagi nk menjengah tahun 2012

Ada apa dgn tahun baru

Dlm Islam, setiap hari adalah hari yg penuh bermakna dan perlu dimanfaatkan sesempurna mungkin

Berkenaan tajuk di atas, setiap hari adalah satu kisah perjalanan seorang hamba yg hidup dgn kehendak Tuhan-Nya

Setiap hari adalah proses pembelajaran

Setiap hari adalah medan praktikal

Setiap saat perlu bersedia untuk dipanggil dengan penuh kesediaan dan persiapan

Juga menyaran diri untuk membaca kerana ilmu itu teman yang sungguh akrab

Buku best dlm genggaman sekarang (takde gmbr)

-Pemuda Islam yang dijanjikan-

-Sehingga para pemuda mengerti-

Buku ni best jugak:

Dapatkan buku-buku yg best di:

Pesan pada diri:

ROUTE TO FINAL

ingin diselami =)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Tajuk Nasyid : Wanita
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa

pesan pada diri:

ENGKAU INSAN ISTIMEWA =)

Hati yang gering nan lumpuh

Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail al-Khawwash (men.291H/904M),pernah memberi nasihat:

Ubat hati ada lima perkara:

  • Membaca al-Quran dengan merenungkan isi dan ertinya

  • Berpuasa dengan mengosongkan perut

  • Bangun malam beribadat

  • Bermunajat/tadharru' di waktu sahur

  • Berkumpul dengan orang-orang soleh

(dipetik dari Risalah Qushairiyah karangan Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qushairi an Naisaburi 376H-465H)

Pesan sungguh-sungguh pada diri:

Sandarkan pada kenangan

soclosetomum

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga

Kau bersenang dia bekerja

Untuk mu tiada terbatas

Memberi tidak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu

Kehidupan yang sempurna

Punya kekuatan jiwa

Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur

Itulah yang diwarisi

Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan

Untuk kebaikan

Marah bukan kebencian

Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa

Berjiwa merdeka

Sedang dia semakin tua

Membilang usia

Di saat kau berjaya

Dia tiada berdaya

Semoga kau tak lupa

Jasa dan pengorbanan bonda

credit to: warisan

Pesan pada diri:

31;14-15

Selagi Ada Rindu~

Dipetik dari novel Lakaran Sahrawi karya tulus Faizah Othman:

Wahai manusia...

Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku oni dan sampaikanlah ia kepada sesiapa yang tidak hadir pada hari ini..

Wahai manusia...

Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang mukmin sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan sekali-kali kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan terhadap amalan kamu.

Wahai manusia...

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

Wahai manusia dengarlah....

Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku, dan tidak akan hadir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan ini. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku.

Wahai Tuhanku persaksikanlah...bahawa aku telah menyampaikan risalahMu....

Bicara terakhir di Lembah Uranah itu masih terngiang-ngiang lagi di telinganya, bicara seorang sahabat yang amat dicintai. Namun hari ini segalanya telah berakhir. Abu Bakar berjalan lemah meninggalkan sekujur jasad itu. Kejaran laju kuda yang dipacunya sebentar tadi rupanya masih tidak mampu memberikan kesempatan buatnya melihat saat-saat terakhir keberangkatan Baginda menemui Rabbul Jalil Yang Maha Agung. Lesu langkahnya keluar meninggalkan sanak saudara Rasulullah saw yang masih mengerumuni jenazah Baginda. Suasana di luar rumah riuh dan bising, rata-rata orang bertanyakan...

"Apa yang terjadi? Apa yang telah berlaku wahai Abu Bakar? Katakanlah..!!" Abu Bakar terdiam. Gugur satu persatu air jernih di matanya. Mengapa tidak, dialah insan yang terlalu banyak mendampingi Rasulullah saw ketika hayat Baginda. Umar masih kelihatan tidak dapat menerima kenyataan, di tangannya masih terhunus sebilah pedang sambil, melaung-laung

"Barangsiapa yang mengatakan Rasulullah telah tiada, akan ku penggal lehernya!" berkali suara itu terpancul dari mulut Umar. Abu Bakar menyedari pada gelodak jiwa yang sedang dirasai oleh sahabatnya itu. Dia tahu betapa lelaki itu terlalu sukar untuk menerima hakikat yang sudah termeteri Ilahi.

"Wahai Umar, andai kau menyembah Muhammad, hari ini Muhammad telah pergi, tapi jika kamu menyembah Allah, percayalah sesungguhnya Allah tetap hidup dan kekal selamanya." Kalam itu buat dia terus kelu. Pedang di tangannya terlepas jatuh ke bumi, air mata hiba seorang sahabat mula menuruni kelopak matanya.

Seluruh alam menyaksikan berita itu. Semuanya seakan mengerti. Alam menjadi kelam, tujuh hari langit memendungkan diri, hambar dan sepi seakan menangisi pemergian seorang nabi akhir zaman itu. Para sahabat seperti kehilangan daya, namun kerana cinta yang masih berbahang perjuangan tetap mereka teruskan, bukan sekadar nyawa....lebih dari itu pun mereka akan rela..!!

~Andai aku ditakdirkan untuk hidup di zaman Rasulullah, ingin sekali aku menjadi insan yang walau secebis dapat bertapak di hatinya. Paling tidak, aku dapat menguruskan sedikit sebanyak tentang diri Baginda. Sayang sekali aku tidak tercalon untuk menjadi permaisuri itu, walaupun bukan yang pertama, kedua atau ketiga...Lantaran kerana aku dilahirkan saat ini, zaman yang telah meninggalkan insan istimewa itu berkurun lamanya. Lantas kini...salahkah untuk aku mengidami pewarisnya?! Ekoran menagih impian yang tidak kesampaian itu!

Pesan pada diri;

SOLEHAHLAH salihah!

HaSBiYALLAH

Yang bernama makhluk itu:

  • lemah sifatnya

  • serba kekurangan

  • sentiasa berubah

  • bergantung harap pada yang lain

  • tidak memiliki

  • mudah lupa

  • banyak alasannya

  • terbatas ilmunya

Namun,

al-KHALIQ itu:

  • TEMPAT SANDARAN SELURUH SEMESTA

  • TIDAK PERNAH LETIH DAN TIDUR

  • KESEMPURNAAN YANG SEMPURNA

  • DEKAT DAN MENDEKATI

  • BERKUASA LAGI MENGUASAI

  • KEKAL TIADA AKHIRNYA

Nah, apa lagi yang kau harapkan pada makhluk hingga terlupa pada Sang Rabbi.

apa lagi yang kau gusarkan kalau itu sudah rencana-Nya

apa lagi yang kau keluhkan kalau itu takdir-Nya

apa lagi yang kau susahkan kalau itu ujian-Nya

apa lagi yang kau risaukan kalau itu ketentuan-Nya

apa lagi yang kau tangiskan kalau itu yang terbaik buatmu

HASBIYALLAH

WA NI'MAL WAKIL

FA NI'MAL MAULA

WA NI'MAN NASIR

Ya zal fadhli wal ihsan,

Dari-Mu aku datang

dan

Pada-Mu jua aku kembali dan menyerah diri...

Pesan pada diri:

Without her is with HIM

DUNIA yang kau kejarin itu

Allah swt mengingatkan kepada hamba-Nya:

Ketahuilah,
sesungguhnya kehidupan dunia itu
hanyalah permainan dan senda gurauan
perhiasan dan saling berbangga di antara kamu
serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan
seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani
kemudian (tanaman) itu menjadi kering
dan kamu lihat warnanya kuning dan kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras
dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya.
Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu...

al-Hadid:20

Pesan pada diri;

Berlari ke syurga

A.L.O.N.E

Pesan 'Ata' bin Abi Rabah kepada Amirul Mukminin:

"Bertakwalah kepada Allah swt dalam diri tuan wahai Amirul Mukminin,
dan ketahuilah bahawa tuan diciptakan dalam keadaan SEORANG DIRI,
tuan akan mati dalam keadaan SEORANG DIRI,
tuan akan dibangkitkan dalam keadaan SENDIRIAN
dan tuan akan dihisab dalam keadaan SENDIRIAN.
Demi Allah, TIDAK SEORANG PUN daripada orang yang tuan lihat ini
akan bersama-sama untuk membantu!"

Pesan pada diri:

It's a gift

KITA DEKAT TAPI JAUH

Kesempatan menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid adalah suatu perkara yang sangat ditunggu-tunggu. Peluang menjejakkan kaki ke rumah Allah dan memadu kasih dengan-Nya adalah suatu anugerah yang tidak ternilai. Allah berfirman dalam surah at-Taubah, ayat 18 yang bermaksud:
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk"

Hati, jiwa serta seluruh perasaan menjadi tenang sebaik sahaja dapat menyahut seruan-Nya. Ketenangan yang tidak dapat dibeli hatta dengan harga dunia serta seisinya. Terungkai segala masalah dan gundah pabila lantai suci itu dapat ditapaki. Walaupun hanya ruang kosong serta angin sepoi-sepoi bahasa yang menggamit kedatangan namun itu sudah cukup untuk membuat diri rindu pada kedamaian di sebuah masjid.

Namun, kebahagiaan itu berkocak jua. Bukan salah masjid, kipasnya atau permaidaninya tapi kekecewaan itu berpunca pada satu tanggungjawab yang tidak disempurnakan.

Bulan Ramadhan tiba pada setiap tahun untuk memberi insan ruang dan peluang kembali kepada-Nya. Bulan pesta ibadah itu menjemput sesiapa jua yang sudi mendampinginya dan meraih sebanyak mungkin pahala buat bekalan di sana.
Solat tarawih yang disempurnakan di masjid secara berjemaah jauh lebih nikmat berbanding solat bersendirian di kamar. Bertemu mata dan bertukar-tukar khabar serta pandangan mengeratkan ukhuwwah sesama saudara seIslam.

Walau bagaimanapun, peristiwa yang satu ini berbekas di hati. Solat jemaah yang sepatutnya dijadikan wasilah untuk mempertautkan hati-hati bertukar sebaliknya. Alasannya? Saf yang didirikan renggang, semua orang seakan-akan sukar berkongsi sejadah. Seolah-olah sejadah itu hanya miliknya. Penulis menangis bila melihat apabila ada jemaah yang keluar dari sof, sof itu kosong. Tidak diisi dan ini menjadikan sof terputus. Penulis merasakan bahawa seperti sendirian mengadap Rabbul Jalil sedangkan realitinya ramai.

Apakah para jemaah tidak mengetahui hukum-hukum solat berjemaah? Tidakkah mereka meneliti sirah-sirah Rasul dan para sahabat? Bagaimana kita hendak bersatu jika kepincangan itu berpunca pada titik mula.

Tapi penulis insaf bahawa ini adalah khilaf sendiri. Sebuah amanah yang terpikul di bahu untuk menyampaikan dan memberitahu tidak penulis usahakan. Maka, mungkin ini garis pemulanya. Mengajak para pembaca menelusuri jalan dakwah yang telah sekian lama diwahyukan. Penulis akui susah untuk memulakan sebuah langkah.

Pesan pada diri:
Tolonglah Allah, nescaya Allah MENOLONG kamu

F.R.A.G.I.L.E

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Rapuh
by: OPICK

Pesan pada diri: 57;20,21,22,24

~HATI SUSU~

Bahan-bahannya:

10 biji telur ayam
1 tin susu manis
1 gelas air
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2cm kulit kayu manis

Cara membuatnya:

Telur, susu manis, air, bunga cengkih, buah pe;aga, kulit kayu manis dan daun pandan dicampur dan digaulkan hingga rata di dalam sebuah periuk. Setelah itu, jerangkan di atas api yang sederhana.
Kacau hingga kering, kemudian boleh diangkat.

SELAMAT MENCUBA (^_^)

Pesan pada diri;

MaKaN untuk HIDUP

YA RASULULLAH YA HABIBULLAH

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

by : RAIHAN

PESAN PADA DIRI:
~Bukanlah CINTA itu sekadar di mulut, tetapi dibuktikan dengan AMALAN

~SEBAB SAYA CINTA~

Sebab saya cintakan awaklah,

saya menjaga pandangan saya

" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah an-Nur : 30 - 31)

Ia seperti dinyatakan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali bermaksud: “Wahai Ali, janganlah ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua. Kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan pandangan kedua tidak untukmu (tidak dimaafkan).” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sebab saya cintakan awaklah,

saya menjaga pergaulan saya

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah. (Al-Ahzab;53)

SEBAB SAYA CINTAKAN AWAKLAH,

SAYA BERUSAHA MENAHAN PERASAAN SAYA

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (a-li 'imran;14)

SEBAB SAYA CINTAKAN AWAKLAH,

SAYA NAK AWAK BAHAGIA DUNIA AKHIRAT

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".(Al-baqarah;201)

SEBAB SAYA CINTAKAN AWAKLAH,

SAYA TAK NAK AWAK MASUK NERAKA

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(an-Nisa’;18)

SEBAB SAYA CINTAKAN AWAKLAH,

SAYA SENTIASA MENAMBAH ILMU DI DADA

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Sebab saya cintakan awaklah,

saya berusaha buat yang terbaik dalam semua perkara

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);(al-Mulk;2)

Sebab saya cintakan awaklah,

saya ingin menjadi orang yang lebih baik

Daripada Abu Dzar r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Janganlah kamu menghina kebaikan sedikitpun , walaupun sekiranya kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.”
(Hadis riwayat Muslim)

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."(Al-baqarah;148)

Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu. (an-Naml;89)

SEBAB SAYA CINTAKAN AWAKLAH,

SAYA SEMBUNYIKAN PERASAAN SAYA

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah;235)

Sebab saya cintakan awaklah,

saya nak kita bertemu dalam cara yang halal di sisi-Nya

dan pada masa yang awak telah bersedia

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.(al-Furqan;74)

Ini semua bukti yang SAYA BENAR-BENAR CINTAKAN AWAK

Dan saya nak awak ingat, pegang dan yakin bahawa

KEBAHAGIAAN KITA TERLETAK PADA KEREDHAAN ALLAH SWT

JOM SAMA2 MELAKAR CINTA DALAM KEREDHAAN-NYA

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

al-Baqarah;281

SaYa RiSaU 2

SAYA RISAU BILA ORG JAHAT MAKIN RAMAI

SAYA RISAU BILA JENAYAH MAKIN MENINGKAT

SAYA RISAU BILA ISLAM DIPIJAK

SAYA RISAU BILA ISLAM DISALAH TAFSIR

SAYA RISAU BILA ULAMA SEMAKIN SEDIKIT

SAYA RISAU BILA ISLAM DISALAH GUNA

SAYA RISAU BILA SAYA DISOAL DI DLM KUBUR

SAYA RISAU BILA SAYA BERDIRI DI PDG MAHSYAR

SAYA RISAU BILA AMALAN SAYA DITIMBANG

SAYA RISAU BILA SAYA MELINTAS TITIAN SIRAT

SAYA RISAU BILA AMALAN SAYA TAK IKHLAS

SAYA RISAU BILA DOSA SAYA BANYAK

SAYA RISAU BILA HATI SAYA GELAP

SAYA RISAU BILA MATLAMAT HIDUP SAYA KERANA DUNIA

SAYA RISAU BILA AMALAN SAYA TIDAK DITERIMA TUHAN

SAYA RISAU BILA SAYA MENYAKITI HATI ORANG

SAYA RISAU BILA SAYA TIDAK MENJAGA PANDANGAN

SAYA RISAU BILA SAMPAH MAKIN BANYAK

SAYA RISAU BILA BINATANG DAN TUMBUHAN SEMAKIN PUPUS

SAYA RISAU BILA RIBA BERLELUASA

SAYA RISAU BILA HUKUM TUHAN DIPINGGIR

SAYA RISAU BILA MANUSIA FIKIR MEREKA LEBIH BIJAK DARI TUHAN

SAYA RISAU BILA AL-QURAN DAN SUNNAH DIPERSENDA

SAYA RISAU BILA SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA

APAKAH YANG HARUS SAYA BUAT??????

p/s: nak 'share' buah fikiran? hubungi saya =)

SaYa RiSaU 1

SAYA RISAU BILA SAYA TENGOK TV

SAYA RISAU BILA SAYA TENGOK IKLAN DI TV

SAYA RISAU BILA SAYA TENGOK DRAMA DI TV

SAYA RISAU BILA SAYA TENGOK PERGAULAN BEBAS DI TV

SAYA RISAU BILA SAYA TENGOK PERKARA MAKSIAT DI TV

SAYA RISAU BILA SAYA TENGOK PERKARA SIA2 DI TV

SAYA RISAU BILA SAYA TENGOK BERITA DI AKHBAR

SAYA RISAU BILA SAYA TENGOK IKLAN DI AKHBAR

SAYA RISAU BILA ARTIS DISANJUNG

SAYA RISAU BILA ULAMA DICERCA

SAYA RISAU BILA TENGOK KEADAAN MASYARAKAT SAYA

SAYA RISAU BILA PENGERTIAN HIDUP DISALAH ERTI

SAYA RISAU BILA MATERIALISTIK MENGUASAI DUNIA

SAYA RISAU BILA UMAT ISLAM LEMAH

SAYA RISAU BILA UMAT ISLAM MALAS

SAYA RISAU BILA UMAT ISLAM MUNDUR

SAYA RISAU BILA ILMU TIDAK LAGI DIPEDULI

SAYA RISAU BILA CENDIAKIAWAN DIPANDANG SEPI

SAYA RISAU BILA PARA PENDAKWAH HILANG ARAH TUJU

SAYA RISAU BILA IBADAH TIDAK MEMBUAHKAN AKHLAK

SAYA RISAU BILA LAPISAN OZON MAKIN MENIPIS

SAYA RISAU BILA DUNIA SEMAKIN PANAS

SAYA RISAU NASIB GENERASI AKAN DTG

SAYA RISAU BILA PENYAKIT SEMAKIN BANYAK

~APA SAYA HARUS BUAT?

SATU AMANAH

ASSALAMUALAIKUM

Bait-bait nasyid ini ditujukan khas kepada diriku dan semua sahabat-sahabat yang sedang berjuang...

Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

~Semoga setiap langkah perjalanan di dalam Redha_Nya, hidup hanya untuk_Nya dan mati biarlah dalam dakapan kasih sayang_Nya...INSYA ALLAH