THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

KITA DEKAT TAPI JAUH

Kesempatan menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid adalah suatu perkara yang sangat ditunggu-tunggu. Peluang menjejakkan kaki ke rumah Allah dan memadu kasih dengan-Nya adalah suatu anugerah yang tidak ternilai. Allah berfirman dalam surah at-Taubah, ayat 18 yang bermaksud:
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk"

Hati, jiwa serta seluruh perasaan menjadi tenang sebaik sahaja dapat menyahut seruan-Nya. Ketenangan yang tidak dapat dibeli hatta dengan harga dunia serta seisinya. Terungkai segala masalah dan gundah pabila lantai suci itu dapat ditapaki. Walaupun hanya ruang kosong serta angin sepoi-sepoi bahasa yang menggamit kedatangan namun itu sudah cukup untuk membuat diri rindu pada kedamaian di sebuah masjid.

Namun, kebahagiaan itu berkocak jua. Bukan salah masjid, kipasnya atau permaidaninya tapi kekecewaan itu berpunca pada satu tanggungjawab yang tidak disempurnakan.

Bulan Ramadhan tiba pada setiap tahun untuk memberi insan ruang dan peluang kembali kepada-Nya. Bulan pesta ibadah itu menjemput sesiapa jua yang sudi mendampinginya dan meraih sebanyak mungkin pahala buat bekalan di sana.
Solat tarawih yang disempurnakan di masjid secara berjemaah jauh lebih nikmat berbanding solat bersendirian di kamar. Bertemu mata dan bertukar-tukar khabar serta pandangan mengeratkan ukhuwwah sesama saudara seIslam.

Walau bagaimanapun, peristiwa yang satu ini berbekas di hati. Solat jemaah yang sepatutnya dijadikan wasilah untuk mempertautkan hati-hati bertukar sebaliknya. Alasannya? Saf yang didirikan renggang, semua orang seakan-akan sukar berkongsi sejadah. Seolah-olah sejadah itu hanya miliknya. Penulis menangis bila melihat apabila ada jemaah yang keluar dari sof, sof itu kosong. Tidak diisi dan ini menjadikan sof terputus. Penulis merasakan bahawa seperti sendirian mengadap Rabbul Jalil sedangkan realitinya ramai.

Apakah para jemaah tidak mengetahui hukum-hukum solat berjemaah? Tidakkah mereka meneliti sirah-sirah Rasul dan para sahabat? Bagaimana kita hendak bersatu jika kepincangan itu berpunca pada titik mula.

Tapi penulis insaf bahawa ini adalah khilaf sendiri. Sebuah amanah yang terpikul di bahu untuk menyampaikan dan memberitahu tidak penulis usahakan. Maka, mungkin ini garis pemulanya. Mengajak para pembaca menelusuri jalan dakwah yang telah sekian lama diwahyukan. Penulis akui susah untuk memulakan sebuah langkah.

Pesan pada diri:
Tolonglah Allah, nescaya Allah MENOLONG kamu

F.R.A.G.I.L.E

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Rapuh
by: OPICK

Pesan pada diri: 57;20,21,22,24