THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

UNEARTH

I LOVE LEARNING
I am very grateful to God for giving me a chance to live and learn. In Islam,the followers are obliged to learn. Without learning, they cannot be a good Muslim because Islam is naturally a seek-based religion. Even the first verse of Quran reveals to Prophet Muhammad is about reading which means learning and inquiring knowledge. Only with knowledge we can develop and be someone in life.
When i choose IIUM as the place to further my study, I am very glad because in here the Islamic Knowledge is also exposed to the students. I do not only learn worldly matters, but I also can be very good in my understanding about my faith. The reason why Muslims today have a very bad reputation in every aspects because they only become Muslims because their parents are. Sometimes, they do not know what Islam is and just follow what their parents instructions without trying to find what is real meaning about Islam.

There are five subjects that i study this early and new semester in IIUM Kuantan.I take Biochemistry 1, Computer in Science, Epidemiology, Management and Islamic Worldview. I like all the subjects very much. They bring a lot of new information for me which I do not know before. Among all the subjects, i find Computer in Science is a though subject for me. Why? First because I am not a cyber person. There many things about the internet and all its stuff that i do not know. It is my weakness that i have to improve to be a well rounded person. Second, I am not a very creative person and when Madam asks us to decorate our blog, ah, I will stuck there. However, I will not make this thing as an obstacles for me from doing the best and gaining the high mark.Insya - Allah.

Lately, all the people around the world are hunger of knowledge because they know the essentials of it. I am very sad when i find that they are finding knowledge only because they want to have a lot of money and being a wealthy person. Allah tell us to learn so that we can know Him better and not chasing this world.

Tragedi 20 Ramadhan 1430 : Pelajaran Kehidupan
Dalam usia ramadhan yang sudah semakin lanjut, saya menjangkakan bahawa manusia sudah semakin baik kerana telah mendaftar di madrasah ramadhan dan bakal bergelar graduan membawa segulung ijazah ketakwaan di hati. Tetapi malangnya dugaan saya meleset. Tidak semua manusia mendapat anugerah istimewa itu. Hanya insan terpilih sahaja yang bakal mendapat kemegahan itu seterusnya benar-benar layak untuk menyambut aidil fitri iaitu hari kemenangan kerana berjaya kembali kepada fitrah. Tuhan, jadikan aku salah seorang dari mereka. Layakkah aku Tuhan?
Berbalik kepada tajuk asal mengapa saya mengatakan anggapan saya silap? Kisahnya bermula begini. Tanggal 20 ramadhan yang mulia, selepas usai kelas Islamic Worldview saya bersama Dr Razak, saya menjengah ke surau Kuliyyah of Science selepas saya ke Operation Room untuk memfotostat beberapa helai nota penting. Memandangkan waktu solat zohor masih jauh, saya membuat keputusan untuk ke Wackos membaca beberapa buah majalah yang menarik minat saya. Kesibukan mengulangkaji pelajaran membuatkan saya ketinggalan untuk mengisi dada dengan pengetahuan di luar lingkungan kelas. Tanpa menaruh sebarang syak wasangka, saya meminta seorang rakan saya yang berehat di situ untuk menjaga beg saya. Dia bersetuju dan saya berlalu dengan senang hati ke Wackos yang hanya terletak di luar surau. Apabila saya kembali ke surau untuk menunaikan solat zuhur, saya mencari telefon saya yang diletakkan di dalam beg. Puas saya mencari-cari di dalam beg tersebut, tetapi bayang telefon tidak juga kelihatan. Saya bertanya kawan-kawan yang duduk berhampiran tetapi kesemua mereka menggelengkan kepala. Ya Allah, di mana handsetku? Sahabat-sahabat mula bertanya hal yang sebenarnya dan sesetengahnya bersikap proaktif dengan mula mendail nombor saya. Satu kepelikan berlaku di sini, panggilan yang dibuat masuk ke kotak suara yang bermaksud handset saya ditutup kerana nombor itu tidak dapat dihubungi. Saya mula mengingati kembali tentatif perjalanan saya beberapa jam yang lalu. Saya pasti saya meletakkan handset saya di tempat itulah. Tiba-tiba ada seorang rakan saya menyatakan bahawa dia ternampak seseorang duduk berhampiran beg saya sebelum ini. Tanpa banyak soal, saya terus mempercayai akan hal tersebut dan mula bercakap-cakap mengenai si pencuri.
Tepat jam 6.30 petang, saya bersepakat bersama rakan saya untuk berjumpa dengan suspek. Dia menyambut kedatangan kami dengan ceria tanpa menyangka kami mengesyakinya melakukan perkara yang haram itu. Pertemuan kami berlangsung kira-kira setengah jam yang berakhir dengan konflik dan air mata. Suspek yang saya temui adalah pelajar antarabangsa dan kami menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi. Itulah pada pandangan saya menjadi punca pergeseran kami; kemahiran berbahasa saya yang tidak begitu memuaskan mungkin menyebabkan dia salah faham. Daripada penerangan yang diberikan, saya memutuskan bahawa dia tidak ada kaitan dalam hal ini. Saya yang bertindak melulu menuduh beliau tanpa bukti dan tidak berfikir secara rasional. Saya mengaku akan kesalahan saya dan cuba untuk berdamai dengannya namun dia tidak dapat memaafkan saya. Saya akur dan beredar dari biliknya.
Sebelum saya ke bilik suspek pertama, ada seorang rakan saya yang menyatakan mungkin terdapat insan lain di sebalik drama ini. Saya menerima pandangannya dan berkata saya akan menyiasat keterangan dari orang lain terlebih dahulu.
Selepas solat terawih, saya berkunjung semula ke bilik kawan international saya. Niat di hati mahu memohon maaf darinya dan melangsaikan segalanya sebelum balik beraya. Alhamdulillah, dia mahu bersua muka dengan saya. Kemaafan dihulur namun tidak bersambut. Saya menyatakan bahawa saya meminta maaf darinya dan meminta dia juga begitu. Dan kalau boleh, melupakan peristiwa ini dan seterusnya menjadi kawan sekali lagi. Ah, tingginya harapan saya. Sesuatu di luar dugaan saya berlaku. Dia ingin membawa saya berjumpa principal dan memohon maaf darinya di situ. Saya ingin mengetahui rasional dia berbuat begitu. Saya begitu terkejut apabila mendengar kata-katanya yang mengatakan bahawa dia takut saya akan menuduhnya sekali lagi. Dia sudah hilang kepercayaan terhadap saya. Saya yang sedih dengan kenyataannya terus keluar dari situ. Saya mengharapkan segalanya akan berakhir tetapi saya silap. Pertemuan ini menambah luka yang sedia ada. Oh Tuhan, berikan aku kekuatan.
Allah berfirman, dalam kesusahan pasti ada kesenangan… saya amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang begitu mengambil berat dan sudi menghulurkan bantuan. Saya amat menghargai pertolongan kalian walaupun kita baru mengenali hati budi masing-masing. Sesungguhnya kurniaan ini tidak ternilai dengan wang ringgit. Walaupun adakala perasaan curiga itu bertandang di hati, saya tidak mahu episod air mata berulang lagi. Saya terharu. Saya memberhentikan penyiasatan dan akhirnya saya redha dan pasrah atas ketentuanNya. Saya pasti ada hikmah yang Allah mahu saya pelajari. Di saat kesusahan kita akan dapat melihat dengan jelas siapa yang ada di sisi. Saya bersyukur walaupun saya kehilangan sesuatu tetapi Allah gantikan dengan yang lebih baik. Terima kasih Tuhan!
Apabila direnung dan difikirkan, saya mendapat beberapa iktibar dari kisah ini. Sesuatu yang membelenggu universiti saya terbongkar di depan mata. Saya tidak pernah menyalahkan mengapa sahabat international saya menuduh begitu. Apa yang saya dapati hasil pemerhatian yang dibuat, pelajar Malaysia tidak bergaul dengan baik dengan rakan dari Negara lain. Saya amati pelajar-pelajar luar Negara hanya bercampur sesama mereka dan kelihatan terpinggir dari pelajar Malaysia. Malah, tidak keterlaluan kaiau saya katakan ramai pelajar Malaysia yang langsung tidak mempunyai kawan dari luar Negara. Sedangkan bagi saya inilah masanya untuk kita memperluaskan jaringan persahabatan melangkaui sempadan negara,bangsa dan bahasa. Inilah peluang terbaik untuk mengasah bakat berkomunikasi. Saya mengesan ada stigma di dalam dada pelajar antarabangsa bahawa kita membenci mereka kerana warna kulit, Negara dan bahasa mereka walhal sebab utama saya menuduh beliau kerana dia ada di tempat kejadian dan jauh sama sekali dari apa yang difikirkannya. Saya cuba menjelaskan kepadanya namun kejadian itu terlalu pahit untuk diterimanya. Dari sini saya dapat memahami satu perkara yang amat penting untuk keasimilasian universiti saya terhadap pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar international menganggap kita membenci mereka kerana kita tidak menegur mereka. Mereka merasa dipinggirkan dan bersendirian. Tiada siapa yang ingin berkawan dengan mereka. Sedangkan bagi kita, tiada usaha dibuat untuk mendekati mereka kerana mungkin masalah komunikasi. Dari sini, terhasillah budaya satu Malaysia; iaitu Malaysia hanya bersama Malaysia. Saya berharap sahabat sekelian dapat menjadikan peristiwa ini sebagai satu batu loncatan untuk memperbaiki kekalutan ini. Dalam Islam kita dituntut mempunyai ramai kawan apatah lagi dari seluruh pelosok dunia supaya keindahan Islam dapat dirasai. Buang jauh-jauh segala prasangka yang bersarang di dada terhadap mereka dan cuba wujudkan budaya mesra ini. Tindakan ini penting untuk kesepaduan kita bersama. Ini menunjukkan kepada saya akan ketidak sepakatan umat Islam. Lalu bagaimana umat Islam mahu bersatu dan membina empayar kalau di universiti lagi perkara ini telah menjadi sulit? Satu langkah proaktif harus dibuat supaya kesepaduan antara pelajar local dan international dapat dipertautkan semula. Saya tidak dapat menyatakan selonggar mana hubungan itu namun saya pasti ruang pembaikan itu masih ada kerana saya mengutip ilmu bahasa arab dengan senior dari Somalia. Beberapa langkah bersepadu harus diambil untuk memastikan tidak wujud jurang antara kita. Saya juga mendapati kurangnya penyertaan pelajar international di dalam society yang ada sehingga jarang kelihatan mereka memegang jawatan di dalam persatuan. Saya ingin menyuarakan perkara ini namun saya tidak tahu ke mana saya harus melahirkan kebimbangan ini sebelum segalanya terlambat.
Perkara kedua yang dapat dikutip dari pengalaman ini, apabila kita merasa tidak puas hati dengan seseorang, atau tercetusnya konflik sesama kita, jangan mudah melatah. Berfikirlah secara rasional dan bukan emotional. Ingatlah setiap kebaikan yang ditabur dan jangan hanya mengingati keburukan yang satu itu. Tuhan sentiasa mengampunkan hambaNya selagi tidak berlaku syirik. Kita sebagai manusia mengapa dengan satu kejahatan kita tidak dapat memaafkan kesalahan sahabat kita. Empat tanda kesempurnaan iman,
1- Ingat kebaikan manusia pada kita
2- Lupa kebaikan kita pada manusia
3- Ingat kejahatan kita pada manusia
4- Lupa kejahatan manusia pada kita
Saya juga mulai mengambil langkah untuk membersihkan hati dan cuba untuk husnu zon sesama insan. Hati yang bersih dan ikhlas akan rapat dengan Allah dan mereka akan menjadi hamba yang paling bahagia kerana dapat menerima semua ketentuan dengan tenang.
Saya juga ingin berpesan kepada sahabat-sahabat supaya dapat menjaga barangan dengan lebih teliti. Dalam kejadian ini, kesilapan saya adalah meninggalkan handset saya di dalam beg. Saya menjadi lebih berhati-hati dan sedikit trauma apabila keluar ke Bandar.
Sesungguhnya perjalanan kehidupan tidak sentiasa cerah, kadang kala hujan datang untuk membawa berita gembira. Pastikan di setiap detik kehidupan kita rasa syukur dan mengharap sentiasa tersemat di sanubari. Sukarnya memahami sebuah kesakitan namun penawarnya ada pada redha. Peritnya menjalani sebuah kesengsaraan namun ubatnya ada pada syukur. Bersujud dan berdoalah setiap kali ujian menimpa kerana Allah telah berfirman bahawa Dia lebih dekat dari kita dari urat leher kita sendiri. Di saat inilah rasa ingin bersama Tuhan hadir. Mungkin di waktu senang, kita liat untuk mengadu padaNya namun pada masa inilah kita ingin bermanja denganNya. Adakah kita hanya mencari Tuhan hanya pada waktu ditimpa musibah? Sekurang-kurangnya lebih baik daripada tidak mengenaliNya langsung. Lagipun, siapakah pemilik seluruh alam yang dapat menunaikan permintaan kita kalau bukan Tuhan yang Satu itu...
(segunung kemaafan dipinta dari insan yang aku lukai hatinya dan selautan terima kasih buat insan-insan yang sedayanya menghulur bantuan)
>masih jauh dari sempurna apatah lagi mengharapkan kesempurnaan<