THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH

Ingatkah dikau, di mana di dalam sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah?

"kenapa kau mengikutku"
"aku tertarik kepada kecantikan matamu"
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
Bila bungkusan merah diterima tangan

Wanita,
Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga peribadimu

Wahai wanita,
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicaramu
Kepada lelaki yang bukan muhrimmu

Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
yang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga dengan keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis

Apa lagi lelaki ini
yang engkau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
yang boleh dibelek-belek dan dipilh-pilih

Benar,
Wanita itu telah menemui ajalnya
dan keinsafan seorang lelaki
yang akhirnya menjadi sufi

Wanita,
Begitulah jalanmu
Begitulah perjuanganmu

Wanita,
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskanlah suaramu
Seriuskanlah perawakanmu
Tampil ketegasanmu
Bila engkau di depan
atau di belakang atau di kiri
atau di kanan lelaki
walau atas apa sekalipun

Ketuk kealpaan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalanmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan ini palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

Wanita,
Inilah jalanmu
Hentikan dari menjamu nafsu mereka
Walau sekadar seinci senyuman

Lalu mungkin kau akan melihat
di kalangan remaja ini akan lahir rijaludin berjiwa pejuang
sebagaimana lahir dan bangkitnya
Daie bernama Hassan al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah

Puteri Harapan
Srikandi Islam
Tetaplah engkau dalam perjuanganmu
Menjadi sayap kiri
Meneguhkan benteng pertahanan Islam!

Moga takdir Ilahi menentukan
Bahawa engkau antara hamba-Nya
yang bakal mencium
Haruman syurga...
Ameen..

>BUAT RENUNGAN BERSAMA<

AUTHOR UNKNOWN

Ingatkah dikau, di mana di dalam sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah?

"kenapa kau mengikutku"
"aku tertarik kepada kecantikan matamu"
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
Bila bungkusan merah diterima tangan

Wanita,
Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga peribadimu

Wahai wanita,
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicaramu
Kepada lelaki yang bukan muhrimmu

Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
yang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga dengan keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis

Apa lagi lelaki ini
yang engkau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
yang boleh dibelek-belek dan dipilh-pilih

Benar,
Wanita itu telah menemui ajalnya
dan keinsafan seorang lelaki
yang akhirnya menjadi sufi

Wanita,
Begitulah jalanmu
Begitulah perjuanganmu

Wanita,
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskanlah suaramu
Seriuskanlah perawakanmu
Tampil ketegasanmu
Bila engkau di depan
atau di belakang atau di kiri
atau di kanan lelaki
walau atas apa sekalipun

Ketuk kealpaan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalanmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan ini palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

Wanita,
Inilah jalanmu
Hentikan dari menjamu nafsu mereka
Walau sekadar seinci senyuman

Lalu mungkin kau akan melihat
di kalangan remaja ini akan lahir rijaludin berjiwa pejuang
sebagaimana lahir dan bangkitnya
Daie bernama Hassan al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah

Puteri Harapan
Srikandi Islam
Tetaplah engkau dalam perjuanganmu
Menjadi sayap kiri
Meneguhkan benteng pertahanan Islam!

Moga takdir Ilahi menentukan
Bahawa engkau antara hamba-Nya
yang bakal mencium
Haruman syurga...
Ameen..

>BUAT RENUNGAN BERSAMA<

AUTHOR UNKNOWN


This entry was posted on 6:38 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: