masih manusia
walaupun kadang-kadang nak jadi malaikat
masih manusia
walaupun kadang-kadang lebih teruk dari syaitan
masih manusia
punya hati dan perasaan
masih manusia
ingin berhusnu zhon
walau hati remuk redam
masih manusia
seringkali tersungkur depan Tuhan
masih manusia
mengira-ngira rahmat dalam ujian
masih manusia
mahu dierti dan difahami
masih manusia
berjalan berlari tertusuk duri
masih manusia
bergelar hamba
memikul amanah Khalifah fil ardh
masih manusia
mengharap doa
dari insan lain
#masukkan namaku dalam sujud kamu ya
Pesan pada diri:
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله
“Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan”
( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)
0 comments: