- ambik 'course ape'?
= biomedik
- oh, doktor la ni
= eh, taklah
- habis tu?
Soalan seperti ini kerap kali diajukan kepada saya. Kadang-kadang tidak tahu bagaimana mahu diterangkan, dan banyak kalinya malas ingin dijelaskan =)
Biomedical Science. Secara jujurnya kali pertama mendengarnya, saya pun terpinga-pinga. Tapi itulah takdir Allah swt buat saya. Lalu diteruskan langkah sebagai pelajar Sains Bioperubatan.
-Kenapa tak jadi doktor?
= Sekarang susah nak dapat kerja
Bait-bait ayat di atas juga sering kali menyinggahi telinga. Ada tikanya, saya menyesali nasib sendiri. Malangkah nasibku tidak bergelar doktor. Apakah peluang pekerjaan itu sukar untuk ku dapatkan.
#########################################
3 tahun berlalu
Kian mengerti mengapa jalan ini yang dipilih.
Juga mengharapkan agar manusia lain turut memahami.
Apa itu 'biomed'?
baca ni
Rezeki itu di tangan Rabb
Mulia itu di sisi taqwa
dan
kebahagiaan yang abadi
hanyalah di syurga
Pesan pada diri:
Doctor-to-be?
Pohon doanya
0 comments: