Dua kubur bergandingan
ketika hayat masih ada
mereka suami isteri bahagia
rumput-rumput tumbuh meliar
tiada mejar menggagah tenang
menunggu anak pejuang pulang ziarah
Anak pejuang di rantau
tiada dosa pada ayah, pada ibu, pada keluarga
pada bangsa, pada negara
setitis tinta dari insan berkata
kau berpenyakit kusta
bumi ini haram bagimu
selama-lamanya bagi insan
bukan selama-lamanya bagi Tuhan
kenapa takbur?
siapa takbur pasti lebur
DIA maha mengetahui
perikemanusiaan perintah Tuhan untuk insan
Esok pasti datang
tepat pada waktunya insan dapat tentukan
ini kepastian Tuhan
tapi corak esok bagaimana?
insan hanya bisa menduga
Tuhan yang memastikannya
tiada tersurat akhirnya cair
darah yang sama terus mengalir
-Sajak oleh Ruhi Hayat, Kuala Lumpur, Disember 1971-
Pesan pada diri:
SE Hidup SE Mati
0 comments: