Mengenali-Mu ya Allah
rasanya makin merindu
yakin itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku
kerana sejak aku tahu
mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji
muqaddam dan al-Quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang
ada bulan
dan matahari
dan bulan
ada yang menjadikan
begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makna mendalam
sudah ku terima kenyataan
bahawa alam jagat
dan seluruh makhluk ini
ada yang menciptakan
ciptaan-Mu Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang
berulang-ulang
dalam hidupku diberi nafas
berterusan menghayati nikmat
makan minum dan tidur berehat
maka dadaku penuh mengingati
nama-Mu sentiasa di bibirku
dan degup jantungku
sentiasa mengingati-Mu
adalah tandaku
dalam ikatan-Mu
maka apabila aku diberi hayat
di alam jagat-Mu
bergerak bekerja
mencari makan dan
bergaul dengan insan-insan
dan umat-Mu
nama-Mu terasa terus
menjadi sebutan degup hatiku
dan apa dan bagaimana
aku sentiasa dikurniai
inayah-Mu ya Allah
maka aku sentiasa mengingati-Mu
maka dalam bersorak
bergerak dan berteriak
untuk apa
untuk bagaimana
aku tiba-tiba saja
seperti digerak
oleh satu kuasa
menyentuh dalam kalbuku
maka aku menjadi terkelu
mati teriak sorakku
kerana nafasku
terasa tinggal satu, satu
maka tahu aku ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap
dalam satu helaan nafas
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan
Mengenali-Mu ya ALLAH
~Mahsuri SN
Pesan pada diri:
TAK KENAL, MAKA TAK CINTA
p/s: RALAT dalam post sebelum ini. Itu adalah tulisan Ust Pahrol Mohd Juoi
0 comments: