Bait-bait nasyid ini ditujukan khas kepada diriku dan semua sahabat-sahabat yang sedang berjuang...
~Semoga setiap langkah perjalanan di dalam Redha_Nya, hidup hanya untuk_Nya dan mati biarlah dalam dakapan kasih sayang_Nya...INSYA ALLAH
SATU AMANAH
ASSALAMUALAIKUM
Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”
PASCA MERDEKA;HaRi PeRHiTuNGaN
Usai sudah 'exam' sem 1 untuk tahun ke-2 di kampus. Alhamdulillah. Setelah berusaha, segala natijah hanya disandarkan kepada-Nya. Melewati hari-hari menjelang peperiksaan, satu perkara bermain di minda;ilham dari-Nya jua. Setiap kali bertarung di medan perjuangan, terasa bagaikan gambaran Hari Kiamat. Walaupun perumpamaan itu amat jauh, namun ada satu perkara yang ingin dikongsi di sini.
Memasuki dewan peperiksaan bermakna menempuh satu tempoh yang sangat getir di dalam hidup. Pelbagai usaha dibuat bagi memastikan semua soalan dapat dijawab dengan sempurna. Beruntung bagi mereka yang dipermudahkan Allah untuk menjawab semua soalan dengan baik. Terasa berbaloi segala penat lelah yang dicurahkan. Sebaliknya bagi yang tidak bersedia menghadapi medan juang ini. Mereka gagal melaksanakan amanah yang diberi sebaiknya.
Menghadapi detik-detik peperiksaan umpama berada di hari perhitungan. Siapa yang bersedia dan cukup bekal yang dibawa, harapan menantinya untuk dimuliakan.Manakala bagi mereka yang lalai dan mendustakan hari yang pasti itu, tunggulah balasan sewajarnya dari Tuhan. Pada masa itu, tiada siapa yang dapat menghulurkan bantuan sekalipun orang yang melahirkanmu. Hanya diri sendiri menjadi tempat bergantung mengenangkan nasib yang bakal menanti.
Namun, suasana di dunia jauh benar bezanya dengan akhirat. Kegagalan di dunia bukan noktah terakhir. Masih banyak dan besar usaha yang boleh disalurkan untuk mencapai kegemilangan.Perkara itu adalah mustahil di akhirat. Masa untuk menebus kesilapan dan pulang ke dunia menabur kebajikan sudah berakhir. Apa yang diharap hanyalah rahmat dan kasih sayang Tuhan.
Oleh itu, marilah bersama memperbanyakkan amal ibadah yang tulus ikhlas hanya untuk Rabb-Mu semata walau hanya sekadar sebuah senyuman kerana kita tidak tahu amalan mana yang dipandang oleh-Nya. Jangan lepaskan sebarang peluang menambah akaun amal kerana ajal datang tanpa diundang. Gunakan masa muda sebaiknya kerana itulah masa paling berharga yang dikurniai Ilahi untuk membuat kebaikan setinggi gunung. Peritnya 'last minute study', begitulah juga sukarnya memulakan langkah membiasakan diri beramal pabila usia sudah dimamah masa.
Tibanya saat gembira apabila keputusan peperiksaan seperti yang didoakan dan diharapkan menjadi kenyataan. Begitulah jua nantinya andai kaki dapat menjejaki syurga. Tiada kata dapat diucap. Tiada bicara dapat diluah. Kebahagiaan yang kekal itu kini dapat dimiliki. Hari KEMENANGAN yang sebenar telah menjelma.
Ayuh, mari bersama mempersiapkan diri menghadapi hari ujian sebenar.Jika tidur dapat ditangguh untuk 'exam', mengapa tidak disingkatkan tidur itu untuk bangun malam beribadah? Jika selera makan dapat diikat semasa 'exam', mengapa tidak dikhaskan hari-hari untuk berpuasa? Jika hiburan-hiburan dapat dikurangkan sewaktu exam, mengapa tidak disimpan sahaja umpat dan cela itu? Betapa banyaknya usaha yang dilabur untuk mencapai kejayaan dunia, di mana usaha untuk kecemerlangan di akhirat; kampung dan rumah sebenar. Bukan sedikit lelah yang ditagih, tetapi amal yang ikhlas disuluh iman yang teguh menjadi dambaan setiap mukmin yang benar-benar memahami di manakah destinasi abadi mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
10:33 AM -
-
0
comments

11:00 PM -