THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

soclosetomum

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga

Kau bersenang dia bekerja

Untuk mu tiada terbatas

Memberi tidak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu

Kehidupan yang sempurna

Punya kekuatan jiwa

Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur

Itulah yang diwarisi

Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan

Untuk kebaikan

Marah bukan kebencian

Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa

Berjiwa merdeka

Sedang dia semakin tua

Membilang usia

Di saat kau berjaya

Dia tiada berdaya

Semoga kau tak lupa

Jasa dan pengorbanan bonda

credit to: warisan

Pesan pada diri:

31;14-15

Selagi Ada Rindu~

Dipetik dari novel Lakaran Sahrawi karya tulus Faizah Othman:

Wahai manusia...

Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku oni dan sampaikanlah ia kepada sesiapa yang tidak hadir pada hari ini..

Wahai manusia...

Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang mukmin sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan sekali-kali kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan terhadap amalan kamu.

Wahai manusia...

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

Wahai manusia dengarlah....

Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku, dan tidak akan hadir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan ini. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku.

Wahai Tuhanku persaksikanlah...bahawa aku telah menyampaikan risalahMu....

Bicara terakhir di Lembah Uranah itu masih terngiang-ngiang lagi di telinganya, bicara seorang sahabat yang amat dicintai. Namun hari ini segalanya telah berakhir. Abu Bakar berjalan lemah meninggalkan sekujur jasad itu. Kejaran laju kuda yang dipacunya sebentar tadi rupanya masih tidak mampu memberikan kesempatan buatnya melihat saat-saat terakhir keberangkatan Baginda menemui Rabbul Jalil Yang Maha Agung. Lesu langkahnya keluar meninggalkan sanak saudara Rasulullah saw yang masih mengerumuni jenazah Baginda. Suasana di luar rumah riuh dan bising, rata-rata orang bertanyakan...

"Apa yang terjadi? Apa yang telah berlaku wahai Abu Bakar? Katakanlah..!!" Abu Bakar terdiam. Gugur satu persatu air jernih di matanya. Mengapa tidak, dialah insan yang terlalu banyak mendampingi Rasulullah saw ketika hayat Baginda. Umar masih kelihatan tidak dapat menerima kenyataan, di tangannya masih terhunus sebilah pedang sambil, melaung-laung

"Barangsiapa yang mengatakan Rasulullah telah tiada, akan ku penggal lehernya!" berkali suara itu terpancul dari mulut Umar. Abu Bakar menyedari pada gelodak jiwa yang sedang dirasai oleh sahabatnya itu. Dia tahu betapa lelaki itu terlalu sukar untuk menerima hakikat yang sudah termeteri Ilahi.

"Wahai Umar, andai kau menyembah Muhammad, hari ini Muhammad telah pergi, tapi jika kamu menyembah Allah, percayalah sesungguhnya Allah tetap hidup dan kekal selamanya." Kalam itu buat dia terus kelu. Pedang di tangannya terlepas jatuh ke bumi, air mata hiba seorang sahabat mula menuruni kelopak matanya.

Seluruh alam menyaksikan berita itu. Semuanya seakan mengerti. Alam menjadi kelam, tujuh hari langit memendungkan diri, hambar dan sepi seakan menangisi pemergian seorang nabi akhir zaman itu. Para sahabat seperti kehilangan daya, namun kerana cinta yang masih berbahang perjuangan tetap mereka teruskan, bukan sekadar nyawa....lebih dari itu pun mereka akan rela..!!

~Andai aku ditakdirkan untuk hidup di zaman Rasulullah, ingin sekali aku menjadi insan yang walau secebis dapat bertapak di hatinya. Paling tidak, aku dapat menguruskan sedikit sebanyak tentang diri Baginda. Sayang sekali aku tidak tercalon untuk menjadi permaisuri itu, walaupun bukan yang pertama, kedua atau ketiga...Lantaran kerana aku dilahirkan saat ini, zaman yang telah meninggalkan insan istimewa itu berkurun lamanya. Lantas kini...salahkah untuk aku mengidami pewarisnya?! Ekoran menagih impian yang tidak kesampaian itu!

Pesan pada diri;

SOLEHAHLAH salihah!